a LoTs BlOg List

Wednesday 13 July 2011

PeRkAmPunGn OrANg Asli~kAmPuNG sOngKok

Pada 09 hingga 10 July 2011(Sabtu & Ahad), MRA puppets team telah mengikuti satu program di perkampungan orang asli, kampung songkok selama dua hari. Puppets team dan para sahabat MRA tiba di kampung Songkok pada jam 3.30 petang. Setibanya di sana, kami menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum berkumpul kembali di surau untuk penerangan lanjut tentang program dan aktiviti seterusnya. Mengikut ITINERARY PROGRAM, puppets show akan diadakan pada hari kedua iaitu Ahad jam 9 pagi. Antara yang hadir untuk sesi penerangan terdiri daripada wakil dari MRA iaitu En. Johari Kan (Papa joe), En.Iqbal, En.Ruzaidi (sir) dan para sahabat MRA En.Muhammad Shariffuddin (Arep), En.Shahrul Zaman (Sharul), Cik Siti Zaharah (TD), Cik Fazlini (Faz), Cik Rab'iatul Adawiyah (Atul) dan Cik Dayang Hamizah, manakala dua orang wakil dari UIA En.Mohd Razif dan Cik Saleha dan juga adik-adik dari Akademik Quran (AQ) serta Ustaz Zulkifli (Bahagian hal-ehwal agama & kebajikan orang asli).

Pada hari pertama, hanya beberapa aktiviti dapat di jalankan seperti Ramah Tamah, Sukaneka dan Gotong-Royong Memasak untuk makan malam. Sebelum itu, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan supaya semua program yang akan di jalankan pada hari tersebut dapat dilaksanakan dengan jaya. Untuk program RAMAH TAMAH dan SUKANEKA, di ketuai oleh wakil pelajar UIA iaitu En.Mohd Razif dan Cik Saleha dan aktiviti MEMASAK di ketuai oleh En.Muhammad Shariffuddin.

Puppets team keseluruhannya menyertai program Ramah Tamah (SURVEY). Program tersebut memerlukan para sahabat berkunjung dan singgah di rumah-rumah orang asli untuk mengumpul maklumat mengenai diri, ahli keluarga, kesihatan, pekerjaan dan pendapatan penduduk di situ. Maklumat ini penting untuk di jadikan rujukan pada masa akan datang. Selain itu, program ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang adab dan cara berkomunikasi dengan penduduk orang asli. Amat sukar bagi para sahabat untuk berkomunikasi dengan mereka kerana mereka tidak terlalu memahami apa yang kami tanya dan bualkan. Namun begitu, kami cuba menngunakan bahasa malaysia tanpa "slang"  kerana itu lebih mudah untuk mereka fahami.

Selesainya program tersebut, sebahagian para sahabat menyambung aktiviti seterusnya iaitu bersukan dengan anak-anak orang asli dan membantu memasak. Pendedahan anak-anak orang asli dalam sukan tersebut amat menggalakkan kerana walaupun mereka agak malu dan takut, tetapi mereka tetap datang untuk bermain bersama-sama. Disamping itu, para sahabat yang sedang sibuk di dapur tidak lekang dengan gurau senda mereka. Menu makan malam ialah nasi putih, kari ayam dan ayam goreng serta cordial anggur sejuk. Setelah selesai memasak, para sahabat berkumpul di surau untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Selepas selesai solat, makanan tersebut di hidang dan menjemput seluruh kampung untuk menjamu selera. Mereka kelihatan sungguh teruja melihat makanan dan sungguh gembira dengan layanan yang di berikan.

Selepas makan malam selesai, penduduk kampung dijemput sekali lagi bersama-sama menonton wayang pacak. Wayang pacak berakhir sebelum jam 12 tengah malam. Semua penduduk kampung bersurai dan pulang ke rumah masing-masing, para sahabat berkumpul di tengah padang untuk sesi "ice-breaking" bersama-sama En.Shahrulazilan (executive director MRA). Sesi suai kenal ini adalah bertujuan untuk mengenali diri para sahabat dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dalam program-program sebelum ini. Sesi tersebut berakhir jam 1.30 pagi dan para sahabat di minta untuk membersihkan peralatan memasak dan meneyediakan sedikit bahan untuk menu sarapan pagi keesokan hari.

Jam berbunyi, ayam berkokok tandanya subuh sudah masuk waktunya. Tepat jam 5.30 pagi para sahabat menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah pagi. Kemudian para sahabat bekerjasama menyediakan sarapan pagi iaitu nasi goreng dan kuih karipap. Tepat jam 8.45 pagi,penduduk kampung dijemput untuk menikmati makan pagi mereka sambil kanak-kanak di hiburkan dengan aktiviti "membuat bentuk belon", sementara itu puppets team sedang membuat persiapan untuk persembahan pada jam 9.15 pagi. Waktu yang tepat untuk puppets show ialah jam 9 pagi namun terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan menyebabkan kami terpaksa mengubah waktu persembahan. 

Tajuk persembahan puppet kali ini ialah tentang "kebersihan gigi dan badan". Pengalihan suara dan watak puppet dimainkan oleh Cik Siti Zaharah/TD sebagai SITI dan Cik Fazlini/Faz sebagai MAT. Kanak-kanak kelihatan teruja dan gembira melihat persembahan tersebut sehingga selesai. Selepas persembahan, TD dan Faz menerangkan kepada kanak-kanak tentang kepentingan kebersihan dan akibat tidak menjaga kebersihan dengan menggunakan bahan seperti gambar-gambar yang dapat menarik perhatian mereka. Disini dapat kami menilai tahap kefahaman kanak-kanak tersebut terhadap mesej yang kami sampaikan melalui sketsa dan pembentangan tadi. Kanak-kanak tersebut tidak dapat memberi "tindakbalas" sepenuhnya apabila di tanya tentang kebersihan, mungkin juga kerana masalah komunikasi dan bahasa. Sungguhpun begitu, kami merasa lega dan gembira kerana kanak-kanak tersebut tertarik dengan persembahan kami dan terhibur. Hampir 40 minit puppets team membuat persembahan dan pembentangan.

Selesai sahaja puppets show, majlis di teruskan dengan perasmian majlis "PENYERAHAN BEKALAN ELEKTRIK oleh TNB". En. Shahrulazilan selaku pengerusi majlis memberi sepatah dua kata ucapan di ikuti dengan ucapan daripada Presiden Datuk Dr. Razak Kechik. Sebelum mentari pagi menghilang, para sahabat MRA bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk menyediakan makan tengahari. Menunya ialah Nasi putih, ayam masak kurma, ayam goreng, ikan masin dan cordial anggur sejuk. Seluruh warga MRA, TNB dan penduduk kampung Songkok di jemput untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah makanan dan lauk-pauk yang telah disediakan tidak ke arah pembaziran. Apabila majlis berakhir, para sahabat bersama-sama mengemas tempat, mengutip sampah, mencuci alatan memasak dan sebagainya. 

Para sahabat MRA menunaikan solat zohor selepas menyelesaikan tugas masing-masing dan ada sebahagian sahabat sudah bersiap sedia untuk berangkat pulang seperti adik-adik dari AQ dan UIA. Setelah itu, buat para sahabat yang pertama kali menjejakkan kaki di ULU YAM semestinya menaruh harapan untuk menikmati pemandangan dan mandi-manda disana. Sebelum berangkat pulang, kami sempat singgah di ULU YAM untuk mandi-manda dan kemudiannya kembali semula ke rumah tumpangan kampung Songkok untuk menukar pakaian dan berangkat pulang. Itu adalah pengalaman yang indah dan TERBAIK bagi kami sebagai SAHABAT MRA. Terima Kasih Malaysian Relief Agency kerana telah membawa kami berkhidmat bersama-sama anda dan kami berharap akan diberi peluang untuk mengikuti penjelajahan seterusnya bersama MRA kerana kami TIDAK SERIK & TIDAK TAKUT.

(^_____^)'''''no FeAr..MRA puPPets Are Here


ViDeO PeRsEmBaHaN PuPpEt

persEMbAhAN Bing & Bong