a LoTs BlOg List

Tuesday 23 August 2011

KeMbAra BeRsAmA Mike RoMeo AlPha (MRA) ke KamPunG pOs bErSIh, PeRaK


Selesai Memberus gigi
Alhamdulillah, kembara puppet team kali ini ialah di perkampungan orang asli, Slim River, Perak iaitu di Kampung Pos Bersih untuk program TAUTAN KASIH VI. Kembara ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 12 hingga 14 hari bulan Ogos 2011. Kali ini Malaysian Relief Agency (MRA) membawa 36 orang sukarelawan iaitu beberapa orang Sahabat MRA, para pelajar Mesir; Al-Mansourah University dan Al-Azhar University, Management & Science University, Kuala Lumpur Metropolitan University dan University Islam Antarabangsa. 

Turut dibantu oleh persatuan LIPAN BARA iaitu encik En.Che Adnan dan En.Ezri. Manakala sekretariat MRA pula terdiri daripada Doktor Daud, En. Shahrul, En.Rezaidi, Cik Fauziah, En.Mohd Iqbal, En.Johari Kan dan beberapa orang daripada Pasukan Perubatan. Kedatangan kami ke perkampungan orang asli selari dengan Ramadhan ini telah disambut baik penduduk-penduduk disana.Program kali ini memberi sedikit kelainan dimana MRA hanya menyediakan modul program tersebut dan memantau segala perjalanan program. Setibanya di perkarangan Sekolah Rendah Kebangsaan Pos Bersih, para Sahabat dan sekretariat berkumpul di dewan sekolah dan segala peralatan juga di tempatkan di dewan. Para sahabat di arahkan untuk menyediakan air untuk disertakan bersama juadah berbuka puasa. Kami berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu serta terawih secara berjemaah. Selesai solat berjemaah, kami menyambut kedatangan para pelajar dari MSU yang agak lewat tiba di tapak program.

Beberapa minit kemudian, para Sahabat termasuk team puppet diberikan ucapan alu-aluan oleh En.Shahrul, En.Johari Kan dan En.Rezaidi. Pengenalan kepada program TAUTAN KASIH VI juga turut dijelaskan secara lebih mendalam. Selain itu, penerangan juga diberikan kepada kami semua tentang modul-modul yang perlu dilaksanakan. Pasukan puppet amat berbesar hati untuk melaksanakan dua modul iaitu "Trauma Healing dan Kebersihan Diri". Sebelum perlaksanaan, para Sahabat termasuk pasukan puppet akan ditempatkan dalam empat buah kumpulan iaitu ALPHA, BRAVO, CHARLIE dan DELTA. Seterusnya, setiap kumpulan tersebut akan ditempatkan di tiga buah kampung iaitu kampung Pos Bersih 1, Pos Bersih 2 dan Pos Bersih 3. Kampung Pos Bersih 1 akan di uruskan oleh kumpulan BRAVO, Pos Bersih 2 di uruskan oleh Kumpulan CHARLIE dan DELTA manakala Pos Bersih 3 akan di uruskan oleh kumpulan ALPHA. Secara kebetulan, pasukan puppet telah ditempatkan didalam kumpulan BRAVO.

Pasukan puppet kali ini membawa sedikit kelainan berbanding sebelumnya. Hal ini kerana ketika pasukan puppet ditempatkan bersama kumpulan BRAVO di kampung Pos Bersih 1, pasukan puppet menggunakan kaedah "pendepanan" di mana memujuk dan mengajak anak-anak orang asli turut serta dalam aktiviti yang di jalankan. Berbeza dengan kaedah sebelum ini iaitu membuat persembahan “bercerita” sambil menyampaikan mesej kepada kanak-kanak. Modul yang dilaksanakan ialah “Trauma Healing dan Kebersihan Diri”. Objektif sebenar kedua-dua modul ini ialah untuk mengajar dan mendidik penduduk orang asli khususnya kanak-kanak tentang kepentingan menjaga kebersihan diri serta mewujudkan suasana ceria disamping menyampaikan mesej kepada kanak-kanak supaya lebih berani menjalani kehidupan dan berubah kearah yang lebih baik.  


Bagi modul trauma healing, pasukan puppet cuma berkomunikasi dengan kanak-kanak orang asli. Mereka sungguh tertarik dengan “penampilan” puppet tersebut kerana apabila ditanya, mereka sebenarnya tidak pernah melihat “puppet” sebelum ini dan ini adalah pertama kali pasukan puppet datang ke kampung mereka. Tanpa membazir masa yang terhad itu, kami mengambil peluang mendekati mereka. Pengalihan suara masih lagi dibuat sambil dibantu oleh seorang daripada ahli kumpulan BRAVO. Sungguh mengujakan melihat kanak-kanak gembira dengan kehadiran dan persembahan yang telah kami buat. Motif puppet ialah berinteraksi dengan anak-anak orang asli disitu dan mendalami dunia kehidupan mereka. Melihat kegembiraan ialah satu pencapaian yang amat dinantikan kerana kanak-kanak itu sangat sukakan sesuatu perkara yang baru dan cepat belajar. Kami dapat menarik sekurang-kurangnya 25 orang kanak-kanak untuk modul kebersihan diri. Mereka diajar cara-cara memberus gigi dengan betul dan penjelasan tentang amalan menjaga kebersihan diri turut diberi. Mereka di hadiahkan berus gigi dan ubat gigi kerana telah hadir dan turut serta dalam aktiviti tersebut. 
7 langkah membasuh tangan
Pos Bersih 2
Selain itu, mereka juga diajak ke sungai untuk aktiviti membersihkan badan dengan menggunakan sabun dan syampu. Mereka diajar cara-cara mensyampu rambut dengan betul dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya suka mandi. Disamping itu juga, mereka diajar tujuh langkah membasuh tangan dengan betul. Diatas kerjasama kanak-kanak tersebut kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan, mereka dihadiahkan gula-gula lollipop dan belon yang dibentuk-bentuk. Setelah kedua-dua modul dilaksanakan, tibalah masa untuk kami bersurai dan aktiviti seterusnya akan bermula pada keesokannya untuk modul ketiga iaitu “saya suka sekolah”. Namun, kanak-kanak tersebut begitu gembira sehinggakan mereka tidak mahu pulang ke rumah masing-masing. Apabila dimaklumkan tentang aktiviti seterusnya akan diadakan pagi esok, barulah kanak-kanak bersurai seorang demi seorang. 

Pos Bersih 2
mari mewarna dan melukis
Hari terakhir pasukan puppet dan kumpulan BRAVO bekerjasama menjayakan modul kanak-kanak “saya suka sekolah” telah pun tiba. Kanak-kanak di panggil dari rumah ke rumah untuk bersarapan bersama-sama. Amat terharu dan mengejutkan pasukan puppet setelah melihat terdapat beberapa orang anak-anak orang asli dapat mencuci tangan mereka dengan betul mengikut tujuh langkah yang telah diajar pada hari sebelumnya. Ini adalah suatu perkara yang patut dibanggakan dan wujud persepsi yang positif terhadap mereka. Pengajaran untuk masyarakat moden ialah tidak sepatutnya memandang rendah terhadap masyarakat orang asli yang kini semakin membangun dan berpengetahuan. Selepas makan, kanak-kanak diberi kertas, pensil, pensil warna dan beberapa peralatan untuk tujuan pendidikan. Aktiviti dijalankan dihalaman sekolah juga supaya kanak-kanak lebih mengingati dan menyukai sekolah. Pengalaman yang terhasil juga membuatkan mereka seronok berada disekolah. Aktiviti tersebut juga ditawarkan hadiah kepada mereka yang dapat menghasilkan lukisan dan mewarna dengan cantik. Seramai 15 orang kanak-kanak terlibat menjayakan modul “saya suka sekolah”.  
memberus gigi
Kegembiraan mereka
semangat ingin belajar
Semua modul yang melibatkan pasukan puppet telah Berjaya dilaksanakan dan pasukan puppet amat berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh kanak-kanak dan juga kerjasama daripada ibu bapa mereka. Semoga pasukan puppet terus dapat menabur bakti dalam menjayakan usaha murni seperti program-program sebelumnya dan Tautan Kasih VI. Ucapan terima kasih kepada Malaysian Relief Agency (MRA) kerana telah membawa pasukan puppet bersama-sama menjayakan program kali ini.
 (^_____^)''''