a LoTs BlOg List

Wednesday 8 June 2011

pRoGrAm At RoHiNgYa ScHooL

Beratur menyambut kedatangan Sukarelawan

Mencipta nama kumpulan

Mendengar penjelasan

sesi "ice-breaking"

Pengenalan topik "Kebersihan"

cara-cara mencuci tangan

cuba jadi puppeteer

menulis jalan cerita

memilih tajuk

membuat demo untuk persembahan

menyanyi

PrOgRaM pErTaMa "pUpPeT tEaM"

Projek pertama puppet team telah berlangsung di Sekolah Rohingya, Cheras Baru pada 23 haribulan April 2011 (sabtu) jam 10.30 pagi. Terdiri daripada empat orang tenaga pengajar (sukarelawan) iaitu Cik Fauziah Tahar selaku penasihat dan juga pengurus MRA, Cik Siti Zaharah Chik bersama pembantunya Cik Nur Amanina Azmi selaku puppeteers dan juga Cik Fazlini.

Seramai 30 orang pelajar yang hadir bersama ustaz Shouib pada hari tersebut. Mereka semua menyambut kedatangan kami dengan senang hati dan gembira sekali. Mengikut atur cara program yang telah di aturkan, aktiviti pertama yang kami adakan ialah sesi "ice-breaking" atau pengenalan diri antara sukarelawan dan para pelajar. Aktiviti ini sebenarnya ialah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar dan juga sukarelawan.  Mereka terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 9 hingga 17 tahun. Sebelum sesi pengenalan bermula, para pelajar di bahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan di bantu oleh seorang sukarelawan/fasilitator.

Seterusnya kami teruskan dengan aktiviti kedua iaitu "kreatif dan inovatif". Aktiviti ini ialah untuk membantu para pelajar berfikir dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Mereka dikehendaki mencipta satu nama yang  unik dan mempunyai kata-kata semangat untuk menggambarkan ciri-ciri kumpulan masing-masing. Setelah nama kumpulan dan kata-kata semangat di cipta, setiap kumpulan akan mempersembahkan nama-nama kumpulan berserta gaya penyampaian tersendiri.

Kedua-dua aktiviti yang dijalankan amat mendapat sambutan. Selesai kedua-dua aktiviti tersebut, kami beralih kepada "TEMA" sebenar program iaitu "KEBERSIHAN ITU ADALAH PENTING & DI TUNTUT DALAM AGAMA ISLAM". Cik Fazlini memberi penerangan yang jelas sebagai pengenalan kepada topik Kebersihan pada hari tersebut. Sesi ini dapat membantu para pelajar mengetahui maksud kebersihan, apa kepentingannya dan akibat kepada orang yang tidak menjaga kebersihan diri. 

Aktiviti yang di nanti-nantikan oleh para pelajar sekalian ialah "PERSEMBAHAN PUPPET". Sehubungan dengan topik "KEBERSIHAN", jalan cerita yang di persembahkan semestinya berkaitan dengan kebersihan. Sketsa yang di pertontonkan mempunyai dua watak sahaja iaitu Bing (Siti Zaharah) dan Bong (Nur Amanina).  

Secara ringkasnya (SINOPSIS):
Bing ialah seorang pelajar yang malas mandi, pengotor dan juga degil, manakala Bong pula seorang pelajar yang suka akan kebersihan, suka menasihati dan baik hati. Bing selalu makan tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu. Bong sebagai kawan baik selalu menasihati Bing supaya rajin mandi dan basuh tangan apabila hendak makan kerana suasana yang tidak bersih boleh menyebabkan kuman merebak dan penyakit bertambah. Namun Bing amat degil dan selalu tidak mempedulikan nasihat Bong. Ketika di sekolah, Bong terlihat Bing mencuri roti dan tanpa membasuh tangannya, Bing membuka bungkusan roti tersebut lalu memakannya. Bong menegur dan menasihati Bing bahawa mencuri atau mengambil barang orang lain tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan berdosa. Selain itu Bong juga menasihati Bing supaya membasuh tangan dengan bersih sebelum makan, tetapi Bing tidak pernah mendengar nasihat Bong. Sungguhpun begitu, Bong tidak pernah jemu menasihati kawannya itu. Suatu hari Bong mendapati Bing tidak hadir ke sekolah dan Bong mendapat tahu bahawa Bing telah jatuh sakit. Bong melawat Bing di rumahnya selepas waktu sekolah. Bong bersimpati dengan keadaan Bing yang sedang terlantar dan mengeluh kesakitan. Doktor memberi tahu bahawa Bing telah di jangkiti kuman akibat tidak membasuh tangan dengan bersih sebelum makan sehingga menyebabkan Bing sakit perut, cirit-birit dan muntah. Selain itu juga badan Bing terdapat bintik-bintik merah seperti penyakit kulit akibat tidak suka mandi. Bong menasihati Bing tanpa jemu walaupun sudah berulang kali. Bing menangis dan menyatakan perasaan kesalnya terhadap sikap sendiri dan Bing berjanji akan berubah serta menjaga kebersihan diri juga persekitaran. Bong begitu terharu mendengar pengakuan Bing lalu tersenyum.

Setelah selesai persembahan puppet, para pelajar kelihatan sungguh teruja dengan jalan cerita dan "sock puppet" yang kami bawakan. Aktiviti seterusnya ialah para pelajar setiap kumpulan di berikan "sock puppet" untuk mencuba sendiri dan mereka di beri peluang untuk membuat persembahan mengikut jalan cerita masing-masing. Skop yang di berikan kepada para pelajar ialah tentang kebersihan di sekolah, di tandas atau di rumah mereka. Ini bagi memudahkan mereka menulis jalan cerita sambil di bantu oleh fasilitator masing-masing. Mereka juga di minta untuk menyanyi lagu "BANGUN PAGI" bersama-sama sukarelawan sambil menunjukkan gaya.

Akhir sekali para pelajar di ajarkan cara-cara mencuci tangan sehingga bersih dengan menggunakan sabun yang mempunyai anti-bakteria supaya dapat menghapuskan kuman. Selain itu, cara mencuci tangan dengan betul dapat mencegah kuman dan penyakit. Program ini berlangsung selama dua jam dan di akhiri dengan tawa gembira para pelajar dan sukarelawan yang datang.


SeKiAn TeRiMa kAsIh.....(^_____^)'''''

Friday 3 June 2011

pEmBikInAn ViDeO pUPpet

 
(MiSi kEmAnUsIaAn Ke jEpUn)

Ini adalah video pertama daripada MRA puppet team, dirakam khusus untuk laman Youtube. Video ini menceritakan tentang bencana Tsunami di Jepun. Sebagai satu pertubuhan NGO, Malaysian Relief Agency telah merakam video ini bagi memohon sumbangan ikhlas daripada Rakyat Malaysia. Video ini juga menunjukkan bahawa keprihatinan MRA dan Rakyat Malaysia terhadap negara-negara yang di landa musibah serta amat memerlukan pertolongan seperti Jepun.


 
(GaNdInGaN PuPpEt's)

Video "happy birthday" ini di rakam khusus buat Pengurus MRA atau penasihat kanan puppet team iaitu Cik Fauziah sempena hari lahir beliau bersesuaian dengan mesyuarat kali ke-3 puppet team di pejabat MRA.

(LaGu-kALAu BeRpAcArAn)

 Dalam keseriusan kerja-kerja penghasilan "sock puppets" dan skrip untuk pembikinan video, puppet team juga cuba menghasilkan video "santai" sebagai latihan untuk membiasakan diri dan menjiwai watak puppet masing-masing. Namun setiap pembikinan video pasti ada kesalahan dan memerlukan usaha serta kesabaran dalam menjayakan sesuatu rakaman tersebut.

(LaNgKaH-LaNgKh mEnGhAdApI bAnJiR)

Ini adalah rakaman video mengenai langkah-langkah ketika menghadapi banjir. Mesej yang disampaikan ialah saranan kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat di negeri-negeri yang mengalami banjir seperti di Perlis supaya tidak mudah panik dan selalu dalam keadaan bersedia menghadapi dan mengatasi bahaya ketika banjir.

(sKeTsA oRaNg KaMpUnG~uTaRa & PaNtAi TiMuR)

Sketsa ini di rakamkan tanpa skrip dan spontan. Bahasa yang digunakan ialah bahasa malaysia tetapi dalam loghat Kedah dan Terengganu. Wataknya ialah Dollah (utara) dan Timah (Timur) yang berasal dari sebuah kampung yang sama. Mesej yang di sampaikan ialah tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil ketika banjir.